Tag Rakan Pada Kemaskini Status Facebook Anda

Tag Rakan Pada Kemaskini Status Facebook Anda

Diterbitkan pada Sep 11, 2009 oleh .

Setelah sekian lama, kini Facebook membawakan fungsi seakan Twitter, iaitu fungsi untuk menujukan kemaskini status atau membuat pautan ke profail rakan Facebook anda dengan penggunaan simbol “@”. Ianya buat masa ini sedang diperkenalkan kepada semua profail pengguna secara berperingkat.

Facebook Status
Penggunaan @ Pada Kemaskini Status

Kini, ketika anda mengemaskini status pada Facebook, ketika anda menaip simbol “@”, anda akan diperlihatkan dengan senarai rakan-rakan anda untuk dipilih, dimana anda ingin tujukan mesej tersebut. Anda juga turut boleh menujukan kemaskini status tersebut kepada applikasi, halaman peminat (fan pages), groups dan sebagainya yang terdapat di Facebook.

Fungsi ini yang serba-sedikit dilihat diambil daripada populariti penggunaannya di Twitter akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam masa terdekat ini. Ia juga akan kelak diperkembangkan pada aplikasi pihak ketiga, seperti TweetDeck dan Seesmic dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN