Facebook Lite Lebih Pantas Daripada Biasa

Facebook Lite Lebih Pantas Daripada Biasa

Diterbitkan pada Sep 11, 2009 oleh .

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, hari ini Facebook telah pun memperkenalkan halaman webnya versi ringan yang dipanggil Facebook Lite, membolehkan para pengguna mengakses laman web mereka dengan lebih pantas daripada halaman Facebook biasa.

Facebook Lite Utama
Halaman Utama Facebook Lite

Salah satu tujuan utama pengenalan Facebook Lite adalah untuk membantu para pengguna dengan sambungan internet yang lemah, untuk dapat menggunakan laman Facebook dengan mudah dan pantas. Buat masa ini, ianya hanya boleh dilihat oleh para pengguna daripada US dan India. Masa loading-nya juga agak pantas, walaupun menggunakan proxy.

Facebook Lite Aman Firdaus
Halaman Profail Pada Facebook Lite

Pada ketika ini, Facebook mempunyai lebih 250 juta pengguna dari seluruh dunia dan 65 juta pengguna daripadanya juga adalah pengguna aktif Facebook yang menggunakan telefon bimbit untuk mengakses laman tersebut. Di Malaysia, Facebook merupakan laman sosial terkemuka, menjadi laman kedua pilihan pengguna selepas laman Yahoo!. Friendster dan MySpace masing-masing berada di tangga ke-8 dan juga ke-11.


TIPS & ULASAN