Yahoo! Mail Kini Menyokong Fail Sebesar 100MB

Yahoo! Mail Kini Menyokong Fail Sebesar 100MB

Diterbitkan pada Sep 11, 2009 oleh .

Jikalau sehingga kini, fail yang dihantarkan bersama emel di Yahoo! hanya boleh sebesar 20MB sahaja, kini ianya tidak lagi. Anda kini boleh menghantar emel dengan fail yang lebih besar, melalui kerjasama Yahoo! dengan Drop.io, dimana anda boleh menhantar fail sebesar 100MB yang dihoskan di Drop.io dengan mudah.

Yahoo! Mail dan Drop.io
Antaramuka Penghantaran Fail Lebih Besar Melalui Drop.Io

Menariknya, anda tidak perlu mendaftar sebarang perkara pada laman Drop.io. Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu klik pada “Attach Large Files”, dan seterusnya anda sudah boleh memilih fail yang ingin dihantarkan. Ini semua dilakukan melalui antaramuka Yahoo! Mail itu sendiri.

Penerima emel tersebut pula, nanti boleh memuat-turun fail tersebut secara berasingan ataupun sekaligus dengan mudah sekali. Fungsi ini dibina pada API Drop.io yang mana sekaligus memasarkan Drop.io sebagai penyedia ruangan untuk mengehos fail.


TIPS & ULASAN