Laman KerajaanRakyat.com Turut Di Godam

Laman KerajaanRakyat.com Turut Di Godam

Diterbitkan pada Sep 13, 2009 oleh .

Semalam, laman MalaysiaInsider telah digodam oleh penceroboh yang tidak dikenali, yang mana meninggalkan mesej berbunyi “Tribute to MalangSial”, dan hari ini satu lagi laman web tempatan turut sama menerima nasib yang sama, iaitu laman KerajaanRakyat.com.

Sehingga sekarang, laman KerajaanRakyat masih belum dipulihkan sepenuhnya lagi. Ini mungkin kerana pentadbir lamannya bukan bekerja 24 jam seperti mana di Malaysian Insider. Semalam, MalaysianInsider mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memulihkan semula laman web mereka seperti asal.

KerajaanRakyat - MalangSial

KerajaanRakyat merupakan salah satu laman web yang menumpukan topik-topik politik. Ianya menggunakan WordPress versi 2.6, yang mana sudah agak ketinggalan. Kini, WordPress 2.8.4 sudah pun dilepaskan oleh pihak Automattic yang mana menyelesaikan pelbagai masalah sekuriti.

Berbeza dengan laman Malaysian Insider semalam, laman Kerajaan Rakyat dilihat seperti diceroboh oleh orang yang berbeza. Ini kerana, hanya pangkalan data sahaja dipadam atau digantikan, berbeza dengan laman Malaysian Insider. Selain itu, walaupun mesej yang ditinggalkan ditujukan kepada MalangSial, bentuk mesej tersebut ditinggalkan juga adalah berbeza dengan semalam.


TIPS & ULASAN