Kemaskini Windows 7 Mengambil Masa Sehingga 21 Jam

Kemaskini Windows 7 Mengambil Masa Sehingga 21 Jam

Diterbitkan pada Sep 13, 2009 oleh .

Dengan hanya lebih kurang 40 hari sahaja lagi untuk pelepasan rasmi Windows 7, ramai yang kini bersiap sedia untuk mencuba sistem operasi versi terkini daripada Microsoft ini. Melalui maklumat terkini, Microsoft memperlihatkan kemaskini kepada Windows 7 boleh mengambil masa sehingga 21 jam untuk selesai.

Walaubagaimanapun, perkara ini bergantung kepada saiz hard disk anda, dan kuantiti data dan aplikasi yang sedia terpasang pada komputer anda. Berikut merupakan jadual ringkas yang memperlihatkan masa yang diambil berdasarkan sistem komputer anda dan kuantiti data yang terdapat pada sistem anda ketika proses mengemaskini dilakukan;

Kemaskini Windows 7
[via]

Jadi, mungkin anda lebih berminat untuk membuat pemasangan sistem yang baru sekiranya anda ingin menjimatkan masa, selain mengelakkan sebarang masalah pada sistem operasi yang baru kelak. Windows 7 akan dilepaskan secara rasmi pada 22 Oktober 2009, membolehkan anda mengemaskini daripada sistem Vista anda, ataupun membuat pemasangan baru pada komputer anda.


TIPS & ULASAN