Cari @ Amanz

Sama seperti yang dilakukan ketika ingin memperkenalkan Opera Unite, kini halaman Opera Next memperlihatkan gambaran baru yang mana menujukkan Opera bakal memperkenalkan pelayar web generasi terbaru tidak lama lagi. Sama seperti dulu, tiada sebarang data yang didapati berkaitan projek terbaru Opera ini.

Opera Next
Laman Opera Next Memperlihatkan Banner Baru [Kredit : AsBlogger]

Beberapa spekulasi mengatakan bahawa Opera sedang dalam perancangan untuk melepaskan Opera Mini 5 tidak lama lagi. Namun, ianya masih belum dipastikan dan disahkan sepenuhnya. Opera Software juga masih tidak mengesahkan sebarang perkara berkaitan dengannya.

Awal bulan ini, Opera telah melepaskan Opera 10, selain memperkenalkan Opera 10.10 yang didatangkan bersama Opera Unite dalam tempoh seminggu sahaja.

Kredit : Asblogger. Hantarkan tips anda kepada @amanfirdaus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd