Google Kini Menyokong Carian Masa-Nyata

Google Kini Menyokong Carian Masa-Nyata

Diterbitkan pada Sep 14, 2009 oleh .

Nampaknya enjin carian Google, semakin hari semakin menarik. Terkini, anda sudah boleh melakukan carian masa-nyata pada Google dengan mengubah URL mereka serba-sedikit. Melaluinya, anda kini boleh melihat laman web yang dikemaskini kurang 10 saat yang lepas, pada Google.

Google Malaysia
Hasil Carian Untuk Kata Kunci “Malaysia” Pada Google

Untuk menggunakan fungsi terbaru ini, anda hanya perlu klik pada “Show Options”, dan seterusnya memilih hasil carian untuk 24 jam yang lepas. Seterusnya, pada URL hasil carian anda, anda perlu mengubahnya daripada “tbs=qdr:d” kepada “tbs=qdr:n”, dan anda sudah boleh melihat kemaskini untuk seminit yang lepas.

Walaubagaimanapun, dengan menggunakan fungsi ini, anda hanya boleh melihat hasil carian yang serba sedikit, dan bukan kesemunya di perlihatkan sekali. Mungkin ianya masih lagi dalam percubaan, tetapi kini kita sudah dapat lihat yang mana Google turut sama mementingkan hasil carian masa-nyata.


TIPS & ULASAN