Fungsi Edit Imej Pada WordPress 2.9

Fungsi Edit Imej Pada WordPress 2.9

Diterbitkan pada Sep 15, 2009 oleh .

Platform menulis blog kesukaan ramai, WordPress memperkenalkan inovasi demi inovasi dalam setiap versinya. Terbaru, melalui WordPress 2.9 yang sedang dibangunkan sekarang, Automattic bakal membawakan fungsi ringkas untuk edit gambar dan imej secara terus daripada Dashboard.

Menariknya, fungsi ini akan diperkenalkan didalam versi teras WordPress tanpa perlu penambahan plugin dan sebagainya. Ini bermakna, anda dapat menggunakan fungsi mengedit imej yang serba asas seperti kecilkan gambar, pusingkan gambar dan sebagainya tanpa penggunaan sebarang aplikasi pihak ketiga.

WordPress 2.9

WordPress 2.9
Fungsi Edit Gambar Melalui Dashboard [via]

Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan buat masa ini, dan dijangka akan diperkenalkan dalam WordPress 2.9 yang mana akan diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN