Vivox Membawakan Voice Chat Pada Facebook

Vivox Membawakan Voice Chat Pada Facebook

Diterbitkan pada Sep 16, 2009 oleh .

Mungkin buat masa ini, ramai pengguna yang aktif pada Facebook, sudah pun pernah mencuba fungsi sembang yang diintergrasikan padanya, selain disokong oleh beberapa pihak ketiga seperti di Flock, Meebo dan sebagainya. Menariknya, melalui kerjasama bersama Vivox, Facebook bakal memperkenalkan fungsi sembang bersuara (Voice Chat).

Vivox
Halaman Aplikasi Vivox Pada Facebook

Ianya bukanlah salah satu fungsi yang dibangunkan oleh Facebook, sebaliknya ia merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan pihak ketiga, iaitu Vivox, yang mana membolehkan para pengguna Facebook bersembang antara rakan-rakan mereka di Facebook. Fungsi yang masih dalam peringkat private-beta ini dijangka akan diperkembangkan untuk membolehkan para pengguna membuat panggilan kepada rakan mereka yang tidak mempunyai akaun Facebook juga.

Buat masa ini, Vivox memang merupakan salah satu syarikat yang menyediakan platfom sembang bersuara kepada beberapa syarikat dan aplikasi, termasuk untuk permainan popular, SecondLife, dan juga Sony Online Entertainment. Mungkin aplikasi ini pada Facebook kelak akan dapat menarik pengguna Skype, dan memberikan cabaran kepada Skype dan Google Voice.

Kredit : Asblogger. Hantarkan tips anda kepada @amanfirdaus.


TIPS & ULASAN