Google Chrome 3 Di Lepaskan Secara Rasmi

Google Chrome 3 Di Lepaskan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Sep 16, 2009 oleh .

Baru sahaja dua minggu yang lalu Google Chrome mencecah umur setahun, setelah dilancarkan pada tahun lepas, dan kini Google sudah pun melepaskan secara rasminya Google Chrome 3. Seperti biasa, ianya membawakan kepantasan melayari laman web, selain sokongan kepada HTML5.

Melalui Chrome 3, Google mengatakan bahawa pelayar web mereka kini lebih pantas membaca dan menafsir JavaScript sebanyak lebih 25% berbanding dengan pelayar web Chrome 2. Setiap kemaskini pelayar web Chrome membawakan kepantasan yang mengagumkan, dan keupayaan untuk membuka sesuatu laman web dengan pantas, menjadi kegemaran para pelayar internet.

Google Chrome
Fungsi Tema Pada Chrome

Selain daripada kepantasan, Chrome 3 juga membawakan sokongan kepada fungsi tema, membolehkan anda menggunakan tema kegemaran anda pada pelayar web Chrome. Selain itu, antaramuka halaman tab baru juga menerima sedikit perubahan, yang mana kini, ianya lebih kemas dan menarik berbanding sebelumnya.

Chrome 3 juga membawakan sokongan HTML5, yang mana kini menjadi suatu standard bagi semua pelayar web terkemuka dunia. Melalui sokongan HTML5, ianya membawakan sokongan kepada fungsi audio, video dan sebagainya, sekaligus membolehkan para pembangun web menyertakan video dan audio kedalam laman web mereka tanpa keperluan sokongan pihak ketiga seperti Flash dan Silverlight.

Walaupun ianya sudah mencecah angka versi 3.0, Chrome masih belum dikeluarkan secara rasminya bagi pengguna Mac OS X dan juga Linux. Mungkin dalam masa terdekat ini, Chrome untuk Mac OS X dan Linux akan dikeluarkan. Untuk mengemaskini Chrome anda kepada versi terkini, cuma klik pada tab About, dan klik Update.


TIPS & ULASAN