Opera Mini 5 Beta Menyokong Fungsi Tab

Opera Mini 5 Beta Menyokong Fungsi Tab

Diterbitkan pada Sep 16, 2009 oleh .

Seperti yang dijangka, hari ini Opera Software mengumumkan versi terkini pelayar web mudah alih mereka, Opera Mini 5 Beta, yang mana membawakan pengalaman pelayaran web yang lebih menarik berbanding versi-versi Opera Mini yang sebelumnya.

opera mini

Opera Mini 5 membawakan beberapa perkara dan fungsi baru, antaranya ialah:

  • Rekabentuk dan antaramuka serba baru yang menarik dan memberikan ciri-ciri pelayaran web yang terkini.
  • Sokongan kepada skrin sentuh, yang mana skrin sentuh kini disokong oleh kebanyakkan telefon bimbit pada masa kini.
  • Fungsi pengurusan kata laluan yang mana membolehkan Opera Mini menyimpan kata laluan anda untuk emel, laman-laman sosial dan sebagainya.
  • Fungsi tab, iaitu salah satu fungsi pada pelayar web Opera, kini diperkenalkan pada Opera Mini, membolehkan para pengguna melayari lebih daripada beberapa laman web pada masa yang sama.
  • Fungsi Speed Dial, yang mana membolehkan anda menyimpan laman-laman web kegemaran anda dimuka hadapan, sekaligus memudahkan pelayaran web anda.

Buat masa ini, Opera Mini digunakan oleh lebih 30 juta pengguna di seluruh dunia, selain menggunakan aplikasi pelayaran mudah alih yang lain seperti Mozilla Fennec dan sebagainya. Anda boleh memuat-turun Opera Mini 5 Beta untuk BlackBerry ataupun telefon bimbit berasaskan Java anda.


TIPS & ULASAN