Buat Panggilan Di Twitter Melalui [email protected]

Buat Panggilan Di Twitter Melalui [email protected]

Diterbitkan pada Sep 17, 2009 oleh .

Servis panggilan berasaskan web, Jajah, telah pun memperkenalkan fungsi terbaru mereka, iaitu panggilan Twitter, yang mana membolehkan para pengguna Twitter membuat panggilan percuma sesama mereka dengan mudah, dan yang paling penting, secara percuma.

JAJAH

Perkhidmatan panggilan melalui Twitter ini masih lagi dalam peringkat beta, dan untuk mula menggunakannya, anda dan pengguna yang anda ingin membuat panggilan itu, perlulah menjadi ahli [email protected], selain mempunyai akaun di Twitter. Untuk memulakan panggilan, anda hanya perlu menghantar tweet “@call @namapenggunatwitter” dan ini akan membuatkan komputer rakan anda berbunyi, sekaligus membolehkan anda bersembang secara percuma.

Sama seperti Twitter yang terkenal dengan 140 hurufnya, [email protected] didatangkan dengan tempoh panggilan kurang 2 minit. Selesai sahaja tempoh masa 2 minit, panggilan tersebut akan dimatikan, dan anda perlu membuat panggilan kembali.

Sebelum ini, Facebook juga dikatakan akan diperkenalkan dengan fungsi membuat panggilan bersuara, dengan menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh Vivox.

Kredit : Asblogger. Hantarkan tips anda kepada @amanfirdaus.


TIPS & ULASAN