reCAPTCHA Kini Menjadi Milik Google

reCAPTCHA Kini Menjadi Milik Google

Diterbitkan pada Sep 17, 2009 oleh .

Google semalam telah pun mengumumkan pemilikan syarikat reCAPTCHA yang mana memberikan teknologi mengelak spam, yang mana digunakan oleh kebanyakkan web dan servis di internet seperti di Facebook, MediaFire dan sebagainya. Teknologi reCAPTCHA yang sudah lebih 2 tahun dibangunkan ini kelak akan digunakan dalam projek Google Books.

recaptcha

Melalui blog rasmi Google, Google memberitahu yang mana sistem reCAPTCHA akan digunakan dalam projek Google Books, dalam membolehkan mereka mengenal pasti perkataan dan huruf-huruf daripada buku yang discan pada Google Books. Sebelum ini, reCAPTCHA menggunakan perkataan-perkataan yang diambil daripada akhbar-akhbar laman yang discan, membolehkan Google mengintegrasikan fungsi tersebut kedalam Google Books.

Kebanyakkan laman web menggunakan teknologi reCAPTCHA untuk mengelakkan laman web mereka dan melindungi para pengguna mereka daripada menjadi mangsa spam, dan fungsi tersebut akan kekal ditawarkan kepada laman web pihak ketiga seperti pada masa sekarang ini.


TIPS & ULASAN