Cari @ Amanz

Sebelum ini telah diperkatakan bahawa Mozilla Firefox 4.0 akan dilepaskan secara rasminya pada penghujung tahun hadapan. Kini perkara itu disahkan oleh CEO Mozilla, selain menyatakan bahawa Firefox 4.0 kelak akan membawakan kepantasan lebih 2 kali ganda berbanding Firefox 3.5.

Dalam satu temuramah bersama NetEase, CEO Mozilla mendedahkan masa depan Firefox, dimana Firefox 4.0 akan dilancarkan pada penghujung tahun hadapan, iaitu antara bulan Oktober 2010 ataupun bulan November 2010. Buat masa ini, Firefox 4.0 dijangka akan membawakan antaramuka yang serba baru bagi para pengguna, termasuk untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux, selain membawakan kepantasan lebi 2 kali ganda berbanding Firefox 3.5.

Selain daripada itu, Firefox 4.0 juga akan mengintegrasikan fungsi JetPack dan juga Weave ke dalam pelayar webnya kelak. Buat masa ini, Mozilla sedang giat membangunkan pelayar web Firefox 3.6 yang dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd