Cari @ Amanz

Setelah sekian lama memperkenalkan Yahoo! Meme kepada segelintir pengguna, kini Yahoo! membuka Yahoo! Meme untuk dicuba oleh para pengguna. Walaubagaimanapun, pendaftaran buat masa ini adalah berasaskan kepada jemputan sahaja.

Yahoo! Meme
Laman Yahoo! Meme

Berbeza dengan Twitter yang hanya membolehkan anda berkongsi teks dan pautan sahaja, melalui Yahoo! Meme, anda boleh berkongsi teks, gambar atau imej, video serta fail audio dengan mudah sekali. Menariknya mengenai Yahoo! Meme, adalah para pengguna dan rakan mereka dapat meninggalkan komen pada teks, audio mahupun sebarang perkara yang dikongsi dengan mudah.

Yahoo! Meme
Fungsi Komen Yang Lebih Teratur

Yahoo! Meme
Perkongsian Audio Dan Video Dengan Mudah

Perkongsian video dan audio juga dapat dimainkan secara terus daripada laman Yahoo! Meme dengan mudah. Yahoo! Meme yang dahulunya diperkenalkan dalam bahasa Portugis, kini ditawarkan dalam tiga bahasa, termasuk bahasa English, dan Sepanyol. Buat masa ini, pendaftaran pada Yahoo! Meme adalah berdasarkan pada jemputan, dan setiap pengguna yang dijemput akan mendapat 7 jemputan untuk menjemput rakan-rakan mereka yang lain. Konsep viral yang digunakan adalah sama seperti konsep Google ketika memperkenalkan GMail pada suatu ketika dahulu.

Walaupun ianya belum dilancarkan secara rasmi, Yahoo! Meme kini sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri. Mungkin kelak akan diperkenalkan aplikasi pihak ketiga untuk memudahkan para pengguna mengemaskini Yahoo! Meme dengan lebih mudah lagi. Sama-sama kita mengikuti perkembangan lanjut projek mikro-blog daripada Yahoo! ini.

Akaun aMaNz di Yahoo! Meme

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd