MySpace Kini Menyokong Twitter

MySpace Kini Menyokong Twitter

Diterbitkan pada Sep 22, 2009 oleh .

Nampaknya MySpace masih belum ingin menyerah kalah pada Facebook lagi. Hari ini, mereka mengumumkan pengintegrasian dengan Twitter, dimana para pengguna sudah boleh mengemaskini status mereka samaada dari MySpace ke Twitter mahupun sebaliknya.

MySpace dan Twitter

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu log masuk akaun MySpace anda, dan pilih tab My Account, dan seterusnya Sync. Melaluinya, anda sudah boleh mengaktifkan akaun Twitter anda bersama MySpace melalui Twitter oAuth. Menariknya, adalah dimana sebarang kemaskini status di Twitter akan kelihatan di MySpace, pada bahagian Status dan Mood, manakala kemaskini di MySpace akan kelihatan di Twitter. Setiap kemaskini yang dilakukan daripada MySpace ke Twitter juga akan diikuti dengan satu pautan khas, membolehkan para pengguna klik padanya, untuk meninggalkan komen pada MySpace.

Nampaknya, dengan pengintegrasian ini, lebih ramai akan mula aktif semula di MySpace, dan Twitter mungkin akan mendapat ahli baru yang menggunakan servis mereka. Nampaknya, kini Facebook menerima tamparan hebat daripada MySpace yang penggunaannya kelihatan menurun akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN