Cari @ Amanz

Setelah menyediakan gateway khas untuk para pengguna Twitter Malaysia untuk mengemaskini status Twitter mereka dengan mudah, kini GladlyCast turut menyokong Plurk, yang mana para pengguna boleh mengemaskini status Plurk mereka melalui SMS sama seperti pada Twitter.

Menariknya, sekiranya anda sudah mengintegrasikan Twitter pada GladlyCast, mengemaskini Twitter melalui SMS turut sama akan mengemaskini Plurk. Sekaligus, ianya membawakan penjimatan kepada anda, dan menjadikan akaun Plurk anda lebih aktif.

Berbeza dengan sokongan untuk Twitter, untuk Plurk, ianya memerlukan anda memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk mengaktifkannya. Ini mungkin kerana Plurk masih belum membuka oAuth untuk digunakan oleh para pembangun lain. Walaubagaimanapun, dengan sokongan Twitter yang diberikan oleh GladlyCast, mungkin mereka sudah memenangi kepercayaan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd