Courier : PC Tablet Dari Microsoft

Courier : PC Tablet Dari Microsoft

Diterbitkan pada Sep 23, 2009 oleh .

Sehingga kini, MakCik PC yang digembar-gemburkan suatu ketika dahulu masih menjadi tanda tanya lagi. Namun begitu, hari ini, beberapa berita berkenaan dengan Microsoft membina suatu tablet PC mula kedengaran. PC Tablet daripada Microsoft yang dipanggil Courier ini boleh dibuka seperti buku, berbeza dengan PC Tablet yang lain.

Courier

Courier didatangkan dengan dua skrin bertentangan yang mana boleh dibuka seperti sebuah buku. Menariknya, teknologi skrin sentuh padanya membolehkan objek di alihkan antara satu skrin dengan yang lain. Menurut Gizmodo, terdapat juga sebuah kamera khas pada Courier membolehkan pengguna menangkap gambar.

Selain Microsoft dan Mimos, Apple juga dalam perancangan untuk melancarkan PC Tablet mereka. Walaubagaimanapun, masih tiada maklumat lanjut berkenaan dengannya sehingga sekarang.


TIPS & ULASAN