Cari @ Amanz

Sekiranya anda seorang pembangun web, mungkin anda tidak suka akan pelayar web Internet Explorer 6 kerana pelayar web tersebut mempunyai sedikit masalah, dan memerlukan anda menambah beberapa kod tambahan untuk membolehkan laman web anda dibaca seperti biasa.

Kini, Google memperkenalkan suatu cara mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut, iaitu dengan memperkenalkan Google Chrome Frame, yang mana melaluinya, ianya akan membolehkan Internet Explorer 6 hingga IE8 menggunakan enjin Chrome untuk membaca laman web.

Untuk membolehkannya, pembangun web hanya perlu menambah tag ringkas pada web mereka, dan seterusnya ianya akan memberitahu IE untuk menukar kepada enjin Webkit yang digunakan Chrome. Mungkin ini sekaligus memberikan cabaran bagi Microsoft dalam membangunkan pelayar web mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd