Picasa 3.5 Membawakan Fungsi Geo-Tag

Picasa 3.5 Membawakan Fungsi Geo-Tag

Diterbitkan pada Sep 23, 2009 oleh .

Google hari ini melepaskan Picasa versi terbaru, Picasa 3.5, iaitu salah satu aplikasi untuk mengedit gambar yang memberikan fungsi asas dalam mengedit sesuatu gambar. Terkini, Picasa 3.5 membawakan lebih banyak fungsi dalam aplikasi mengedit imej percuma ini.

Salah satu fungsi baru dalam Picasa 3.5 ialah keupayaan untuk tag orang pada gambar. Ianya merupakan salah satu fungsi yang telah lama diperkenalkan pada Picasa Web Album, dan kini diintegrasikan pada Picasa 3.5. Melaluinya, anda boleh tag seseorang dan namakan orang dalam gambar atau imej tersebut.

Selain itu, Picasa 3.5 juga diintegrasikan bersama Google Maps, membolehkan anda untuk membuat geo-tag, iaitu tag sesuatu gambar berdasarkan lokasi ianya ditangkap. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu tarik (drag) gambar tersebut ke lokasi ianya ditangkap pada Google Maps. Selain itu, anda juga boleh gunakan Google Earth untuk tag gambar dan imej anda.

Beberapa perkara lain yang diperbaiki pada Picasa 3.5 adalah seperti proses mengimport gambar, selain mempertingkatkan sokongan kepada Picasa Web Album, dan keupayaan untuk tag. Untuk mencubanya, anda boleh memuat turun Google Picasa 3.5 secara percuma.


TIPS & ULASAN