Awal minggu ini, MySpace mengumumkan pengintegrasian bersama Twitter. Jadi apakah perancangan Friendster untuk mengatasinya? Kini, kelihatan seperti Friendster sedang dalam proses ingin mengintegrasikan Twitter, apabila hari ini mereka sudah memperkenalkan Shoutout Stream.
Halaman Friendster Shoutout Stream
Berbeza dengan sebelum ini sekiranya ingin mengemaskini shoutout pada halaman Friendster, iaitu pada halaman mengedit profail, kini shoutout menerima halaman khasnya yang tersendiri. Lebih menarik lagi, kini para pengguna sudah boleh meninggalkan komen pada shoutout rakan-rakan mereka, sama seperti komen status pada Facebook.
Mungkin ini merupakan langkah pertama Friendster dalam mengintegrasikan Twitter ke dalam laman sosial mereka. Sebelum ini juga, Friendster telah menyertai ribuan pengguna dalam Twitter. Sama-sama kita nantikan perkembangan daripada Friendster dari masa ke semasa.