Cari @ Amanz

Sebelum ini, Mozilla telah memperlihatkan beberapa perubahan rekabentuk yang mana bakal diperkenalkan mulai Firefox 3.7. Perubahan rekabentuk ini bakal mengutamakan sistem operasi Windows Vista dan Windows 7, yang mana membawakan sokongan Aero Glass kepada kedua-dua sistem operasi Windows tersebut.

Firefox 3.7
Rekabentuk Aero Firefox 3.7

Buat masa ini, kebanyakkan pelayar web sudah pun mula menyokong Aero Glass, dan Firefox agak ketinggalan dalam perkara tersebut. Perkara ini, kini mendapat keutamaan di dalam pembangunan Firefox 3.7 yang mana dijangka akan dilepaskan pada bulan Mac hadapan.

Selain daripada itu, sistem navigasi Firefox 3.7 juga bakal menerima perubahan. Sistem navigasi tradisional, kini digantikan dengan hanya dua navigasi utama, iaitu Page dan juga Tools. Bentuk navigasinya kini menyerupai sistem navigasi pada Chrome, dimana melaluinya, ianya memberikan lebih ruangan kepada pengguna untuk melayari laman web.

Selain daripada itu, butang Stop dan Reload juga akan digabungkan dalam Firefox 3.7 kelak, kerana penggunaannya saling berkaitan. Buat masa ini kedua-dua butang Stop dan Reload diasingkan, dan ini memakan sedikit sebanyak ruang pada tetingkap Firefox. Mulai Firefox 3.7, kedua-dua butang ini akan digabungkan bersama.

Buat masa ini, Mozilla sedang giat membangunkan Firefox 3.6 yang mana dijangka akan dilepaskan pada hujung tahun ini, selain pada masa yang sama, membangunkan Firefox 3.7 yang dijangka akan dilepaskan pada awal tahun hadapan.

Kredit : Asblogger. Hantarkan tips anda kepada @amanfirdaus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd