Setelah memperkenalkan vanity URL tidak lama dahulu pada Facebook, hari ini, laman sosial terpopular di Malaysia ini memperkenalkan kebolehan untuk log masuk ke Facebook dengan menggunakan kata pengguna. Perkara ini sekaligus menjimatkan masa kerana tidak lagi perlu menaip alamat emel yang panjang lebar.
Log Masuk Facebook Dengan Nama Pengguna
Sekiranya sebelum ini anda hanya boleh log masuk ke dalam Facebook dengan menggunakan alamat emel, kini anda sudah boleh log masuk ke dalam Facebook menggunakan nama pengguna anda. Nama pengguna anda di Facebook adalah mengikut alamat URL Facebook anda. Anda masih boleh log masuk ke dalam Facebook menggunakan alamat emel, dan ini hanyalah salah satu cara tambahan untuk log masuk ke dalam laman sosial tersebut.