IE8 Hampir 10 Kali Ganda Pantas Dengan Chrome Frame

IE8 Hampir 10 Kali Ganda Pantas Dengan Chrome Frame

Diterbitkan pada Sep 25, 2009 oleh .

Beberapa ujian memperlihatkan yang mana Internet Explorer 8 berfungsi hampir 10 kali ganda lebih pantas apabila Chrome Frame digunakan. Melalui suatu ujian yang dilakukan oleh ComputerWorld, ianya memperlihatkan yang mana IE8 adalah 9.6 kali ganda lebih pantas dengan Chrome Frame.

ComputerWorld telah melakukan ujian pada SunSpider JavaScript sebanyak tiga kali dengan menggunakan Chrome Frame, dan tanpa menggunakan Chrome Frame, dan hasilnya memperlihatkan IE8 berfungsi lebih 9.6 kali ganda pantas dengan menggunakan Chrome Frame.

Google pada hari Rabu memperkenalkan Chrome Frame, dimana melaluinya, ia membolehkan pengguna Internet Explorer menggunakan enjin Webkit pada Chrome untuk melayari laman web, sekali gus membolehkan para pembangun laman web menggunakan beberapa fungsi tambahan seperti HTML5 pada laman web mereka.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, Microsoft memperkatakan bahawa penggunaan Chrome Frame boleh mengakibatkan sekuriti pada Internet Explorer berkurangan, dan mudah diserang oleh pihak ketiga.


TIPS & ULASAN