Aplikasi 1Malaysia Untuk iPhone Di Lepaskan

Aplikasi 1Malaysia Untuk iPhone Di Lepaskan

Diterbitkan pada Sep 25, 2009 oleh .

Anda pengguna iPhone? Jadi mungkin aplikasi ini amat berguna untuk anda. Bersempena dengan Kemerdekaan yang ke-52, Infindo Technology membawakan aplikasi khas untuk iPhone yang membawakan koleksi fakta-fakta berkaitan Malaysia, disamping menyediakan informasi berkaitan pengangkutan, pelancongan dan sebagainya.

iPhone 1Malaysia
Aplikasi iPhone 1Malaysia [via]

Buat masa ini, aplikasi 1Malaysia untuk iPhone ini membawakan 6 fungsi asas, iaitu:

  • Informasi Pengangkutan Anda boleh mendapat tahu informasi berkaitan pengangkutan awam berhampiran anda, selain menyediakan peta navigasi untuk tempat destinasi anda.
  • Pengurus Perjalanan Anda boleh memilih ke mana anda ingin pergi, dan aplikasi 1Malaysia akan memberikan anda panduan untuk sampai ke lokasi dengan menggunakan pengangkutan awam.
  • Fakta Malaysia Aplikasi 1Malaysia ini juga menyediakan maklumat asas berkaitan geografi, populasi, etnik, ekonomi dan beberapa fakta asas berkaitan Malaysia
  • Galeri Gambar Aplikasi 1Malaysia ini juga menyediakan beberapa pandangan panorama di sekitar Malaysia untuk rujukan para pengguna
  • Tempat Pelancongan Sebuah senarai ringkas berkaitan dengan tempat-tempat pelancongan disekitar Malaysia juga disediakan pada aplikasi iPhone 1Malaysia ini.
  • Direktori Aplikasi iPhone 1Malaysia ini juga menyediakan rujukan nombor telefon untuk beberapa jabatan di Malaysia, seperti untuk kecemasan, lapangan terbang, teksi, jabatan kerajaan dan sebagainya.

Aplikasi 1Malaysia ini boleh dimuat-turun secara percuma oleh para pengguna iPhone di serata dunia.


TIPS & ULASAN