Setelah ditunggu sekian lama, hari ini Microsoft secara rasminya melepaskan Microsoft Security Essentials, yang mana dahulunya dikenali sebagai Morro. Melalui aplikasi Security Essentials, Microsoft membolehkan komputer para pengguna dilindungi daripada virus, spyware dan malware secara percuma.
Aplikasi terbaru daripada Microsoft ini menyediakan fungsi perlindungan sekuriti asas untuk setiap komputer yang menggunakan Windows XP, Vista dan Windows 7 secara percuma. Pendek kata, Security Essentials ini boleh dikatakan sebagai salah satu aplikasi antivirus versi ringan.
Antaramuka Security Essentials
Microsoft Security Essentials menggunakan fungsi masa-nyata untuk melindungi komputer, selain menjalankan segala proses menggunakan tenaga minimum. Security Essentials ini diperkenalkan oleh Microsoft sebagai ganti kepada Windows Live OneCare, selain dikatakan memberikan fungsi sekuriti yang lebih tinggi daripada Windows Defender.
Microsoft Security Essentials boleh dimuat-turun dan digunakan pada komputer yang mengguna-pakai sistem operasi Windows XP, Vista dan Windows 7 secara percuma.