Google Wave Bakal Menggunakan Konsep Viral

Google Wave Bakal Menggunakan Konsep Viral

Diterbitkan pada Sep 30, 2009 oleh .

Hari ini, Google secara rasminya akan memperkenalkan Google Wave kepada lebih 100 ribu pengguna seluruh dunia. Google Wave yang diperkenalkan pada bulan Mei ini akan membolehkan para pengguna berkomunikasi secara interaktif, selain mengabungkan medium emel, IM, dan komunikasi yang lain pada Wave.

Buat masa ini, beberapa kumpulan akan mendapat jemputan untuk mencuba Google Wave daripada Google, antaranya ialah para pembangun aplikasi yang mana sudah mendapat akses kepada Google Wave sandbox tempoh hari, pengguna Google Apps, serta para pengguna yang mendaftarkan diri pada halaman rasmi Google Wave.

Menariknya, Google juga turut mengumumkan yang mana para pengguna yang telah mendapat jemputan untuk mencuba Google Wave akan diberi lapan lagi jemputan, untuk menjemput rakan-rakan mereka yang lain, sama seperti ketika GMail diperkenalkan. Mungkin Google mengetahui yang mana sebuah aplikasi berkaitan perhubungan dan komunikasi tiada gunanya sekiranya rakan-rakan tidak dapat berhubung antara satu sama lain.


TIPS & ULASAN