Hari ini, sekali lagi nama Malaysia tersenarai dalam senarai topik terhangat di Twitter disebabkan oleh gegaran yang dirasakan akibat gempa bumi di Selatan Sumatera, Indonesia, iaitu lebih kurang 475 km dari Kuala Lumpur pada magnitude 7.6.
Topik Terhangat Di Twitter
Selain pada Twitter, ramai pengguna Facebook juga berbincang mengenainya, selain menggunakan beberapa aplikasi web yang lain untuk mengemaskini status masing-masing, bagi memberitahu rakan-rakan mereka yang lain. Malah menariknya, pada Google Maps juga turut ditandakan lokasi gegaran tersebut berlaku.
Lokasi Gegaran Pada Google Maps [via]
Kini, dengan teknologi dan kesedaran web yang makin meningkat dikalangan pengguna Malaysia, informasi berguna seperti ini dapat disampaikan dengan lebih pantas lagi, dan sekaligus mengelakkan rakyat dari mendekati dan pergi ke kawasan yang berbahaya. Mungkin sekiranya teknologi seperti ini diperkenalkan terlebih dahulu, angka korban ketika Tsunami tempoh hari dapat dikurangkan.