Kualiti Jalur Lebar Di Malaysia Adalah Di Bawah Par

Kualiti Jalur Lebar Di Malaysia Adalah Di Bawah Par

Diterbitkan pada Okt 3, 2009 oleh .

Malaysia kini ditempat ke 48 daripada 66 negara yang melalui suatu kajian yang dilakukan oleh Universiti Oxford mengenai kualiti jalur lebar mengikut negara. Kajian yang ditaja oleh Cisco itu memperlihatkan Malaysia kini berada di tempat yang mempunyai sambungan jalur lebar dibawah tahap semasa buat masa sekarang ini.

Negara-negara seperti Singapura, Turki, Australia dikategorikan sebagai negara yang memenuhi kehendak semasa, manakala Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Pakistan dikategorikan sebagai negara yang dibawah tahap, iaitu kualiti jalur-lebar yang rendah sekiranya dibandingkan dengan masa kini.

Mengikut kajian tersebut, rangkaian jalur lebar buat masa kini perlulah menyokong kelajuan pada tahap 11.25 Mbps untuk muat-turun dan sehingga 5 Mbps untuk muat-naik. Kajian tersebut juga memperlihatkan yang mana kualiti jalur lebar sesebuah negara berkait rapat dengan kelebihan sosial dan ekonomi sesuatu negara.

Buat masa ini, rangkaian jalur lebar di Malaysia menawarkan tahap purata 1 Mpbs untuk muat-turun dan 256 Kpbs untuk muat-naik, dan perkara ini dijangka akan berubah pada awal tahun hadapan, apabila beberapa kawasan di bandar-bandar utama akan mendapat akses jalur-lebar pantas, yang menawarkan kelajuan sehingga 10 Mpbs.


TIPS & ULASAN