Windows 8 Dan 9 Bakal Membawakan Sokongan 128-bit?

Windows 8 Dan 9 Bakal Membawakan Sokongan 128-bit?

Diterbitkan pada Okt 8, 2009 oleh .

Mungkin ramai sudah sedia maklum, Windows 7 kelak akan dilepaskan dalam dua variasi, iaitu 32-bit dan juga 64-bit, serta beberapa spekulasi mengatakan Windows 8 hanya akan dilepaskan dalam variasi 64-bit sahaja. Namun begitu, beberapa spekulasi mengatakan kini Microsoft sudah pun dalam pembangunan sokongan 128-bit untuk Windows.

Ianya dikatakan bahawa Microsoft sedang dalam perancangan dan pembangunan untuk memperkenalkan sokongan kepada sistem 128-bit mulai daripada Windows 8 atau Windows 9. Sistem operasi yang bakal dilepaskan selepas Windows 7 itu kini sudah pun berada dalam perancangan Microsoft, dan Windows 8 dijangka tidak akan dilepaskan sebelum 2011, selain Windows 9 yang dijangka pada tahun 2014.

Dengan purata pelepasan sistem operasi daripada Microsoft setiap tiga tahun, kita boleh menjangkakan yang mana Windows 8 akan dilepaskan pada 2011 ataupun 2012, yang mana mungkin akan membawakan sokongan 128-bit. Sebelum ini, beberapa ura-ura mengatakan bahawa Windows 8 hanya akan dilepaskan dalam versi 64-bit. Walaubagaimanapun, ianya dijangka Microsoft akan terus menyokong sistem 32-bit pada masa hadapan.


TIPS & ULASAN