Yahoo! Akan Menutup GeoCities Pada 26 Oktober

Yahoo! Akan Menutup GeoCities Pada 26 Oktober

Diterbitkan pada Okt 8, 2009 oleh .

Setelah lebih 10 tahun beroperasi dibawah Yahoo!, akhirnya kini ianya diumumkan yang mana GeoCities akan ditutup buat selamanya mulai 26 Oktober 2009. GeoCities dahulunya telah dimiliki oleh Yahoo! pada harga $3.65 billion, yang mana membolehkan para pengguna membuat laman web peribadi dengan mudah.

Sebelum ini, Yahoo! telah menutup para pengguna baru untuk membuat laman web menggunakan GeoCities, tetapi masih membolehkan para pengguna mengakses laman-laman pada GeoCities. Namun begitu, mulai 26 Oktober kelak, semua maklumat pada GeoCities akan dipadam sepenuhnya, dan para pengguna sudah tidak lagi boleh mengakses akaun dan fail-fail pada GeoCities.

Yahoo! juga telah mengumumkan supaya para pengguna membuat backup atau memindahkan fail-fail mereka ke hosting berbayar Yahoo! ataupun pihak ketiga yang lain. Sebelum ini, Yahoo! telah memiliki GeoCities pada tahun 1999 dengan harga $3.65 billion, iaitu suatu harga yang amat tinggi pada ketika itu.

Namun begitu, dengan kemunculan beberapa laman penyedia blog seperti Blogger dari Google dan WordPress.com, populariti GeoCities makin merudum, dan kini mereka telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya servis mereka itu.


TIPS & ULASAN