Tiada Lagi Jemputan Di Perlukan Untuk Yahoo! Meme

Tiada Lagi Jemputan Di Perlukan Untuk Yahoo! Meme

Diterbitkan pada Okt 10, 2009 oleh .

Setelah sekian lama memperkenalkan Yahoo! Meme dalam bentuk beta tertutup yang mana memerlukan emel jemputan dan sebagainya, hari ini, Yahoo! melepaskan Yahoo! Meme untuk semua pengguna. Kini, anda tidak lagi memerlukan sebarang emel jemputan untuk mencuba dan menggunakannya.

Yahoo! Meme
Antaramuka Yahoo! Meme

Bersama-sama dengan itu, Yahoo! Meme juga memperkenalkan fungsi API, yang mana memperlihatkan tidak lama lagi banyak aplikasi pihak ketiga yang akan mula menyokongnya. Bagi yang masih tidak mengenali Yahoo! Meme, ianya merupakan salah satu mikro-blog yang seumpama Twitter. Menariknya, melalui Yahoo! Meme, anda boleh berkongsi gambar, video dan audio dengan lebih mudah, berbeza dengan Twitter yang menggunakan fungsi teks sahaja.

Yahoo! Meme juga memperkenalkan fungsi meninggalkan komen yang mana anda boleh membaca komen dalam bentuk tersusun, berbeza dengan Twitter yang masih tidak memperkenalkan lagi fungsi membaca komen dengan mudah. Buat masa ini, ramai yang melabelkan Yahoo! Meme sebagai peniru kepada Twitter, tetapi mungkin suatu hari nanti, Yahoo! Meme memberikan saingan sengit kepada Twitter.


TIPS & ULASAN