Carian
Halaman Utama Friendster Di Beri Sentuhan Baru
October 10, 2009 Aman

Satu demi satu pembaharuan diperkenalkan oleh Friendster untuk mendapat balik tempat di hati pengguna. Selepas memperkenalkan fungsi Shoutout Stream tempoh hari, kini pihak pembangun Friendster memperkenalkan rekabentuk halaman utama yang serba baru.

Friendster
Rekabentuk Baru Friendster

Rekabentuk halaman utama yang baru tidak lagi menggunakan imej yang banyak seperti sebelumnya, dan nampak agak suram sedikit. Ruangan log masuk juga telah dipindahkan daripada bahagian kiri ke bahagian kanan, selain memperkenalkan cara pantas untuk mendaftar akaun baru Friendster.

Friendster makin hari makin kurang penggunaanya, apabila ramai pengguna yang satu per satu beralih menggunakan Facebook dan Twitter. Sebelum ini, Friendster pernah mencari beberapa orang pembeli yang ingin membeli laman tersebut, tetapi masih tiada sebarang berita lanjut mengenainya sehingga kini.

Komen