Adakah Chrome OS Bakal Saingi Windows 7?

Adakah Chrome OS Bakal Saingi Windows 7?

Diterbitkan pada Okt 16, 2009 oleh .

Google dan Microsoft sememangnya bersaing antara satu sama lain dari pelbagai sektor sejak dulu lagi. Selepas mengumumkan Chrome OS tidak lama sebelum ini, kini beberapa paparan antaramuka sistem operasi Chrome OS mula kelihatan di alam maya ini.

Ianya semua bermula apabila seorang peminat sistem operasi daripada Google ini mengenal pasti folder khas pada laman pembangunan Chrome, dan mencubanya terlebih dahulu. Menariknya, beliau berjaya mencubanya terlebih dahulu sebelum Google mengeluarkan fail-fail berkenaan daripada laman tersebut.

Chrome OS

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat awal pembangunan, dan fungsi yang ditawarkan olehnya juga amat minimum sekali buat masa ini. Malah, untuk menggunakannya, anda masih memerlukan sistem operasi Linux yang lain, seperti Ubuntu.

Chrome OS

Melalui paparan antaramuka yang diperlihatkan, anda boleh melihat sebuah logo khas Chrome OS pada penjuru kiri, manakala jam dan beberapa pautan tambahan pada penjuru kanan. Ianya masih lagi dalam bentuk minimal, dan banyak fungsi lain yang masih belum diketahui lagi.

Selain daripada itu, esok, Google bakal mengadakan acara khas yang mana berkaitan dengan Google Chrome OS. Mungkin kita akan mendapat maklumat tambahan berkaitan sistem operasi daripada Google ini esok. Dengan pembangunanya yang agak drastik buat masa kini, adakah kita akan dapat melihat sesuatu inovasi dalam sistem operasi dalam masa terdekat ini, ataupun adakah Google Chrome OS ini akan memberikan impak kepada Windows 7?


TIPS & ULASAN