Adobe Memperlihatkan Fungsi Baru Pada Photoshop Labs

Adobe Memperlihatkan Fungsi Baru Pada Photoshop Labs

Diterbitkan pada Okt 16, 2009 oleh .

Adobe baru-baru ini telah memuat-naik video khas yang mana mempertontonkan beberapa beberapa perkara baru yang mana bakal diperlihatkan dan diperkenalkan pada Adobe Photoshop versi seterusnya, atau mana yang dikenali sebagai Photoshop CS5 buat masa ini.

Salah satu perkara baru yang diperlihatkan adalah fungsi aplikasi brush, yang mana kini ianya dilihat sebagai lebih kurang sama dengan fungsi yang sama pada aplikasi Corel’s Painter. Video tersebut memperlihatkan lukisan basah yang di-blend-kan dan di-smudge bersama. Fungsi 3D untuk brush juga diperkenalkan. Selain daripada itu, kebolehan Puppet seperti mana pada Adobe After Effects turut sama diperkenalkan pada Photoshop, sekaligus membolehkan para pengguna untuk warp imej mereka dengan mudah.

Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada Adobe yang mana fungsi ini akan diperlihatkan pada Photoshop CS5, tetapi ianya dijangka akan diperkenalkan pada Photshop pada masa hadapan. Buat masa ini, Adobe CS5 dijangka akan dilepaskan secara rasmi pada April 2010. Namun begitu, tarikh ini masih belum dinyatakan oleh Adobe secara rasmi lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN