Cari @ Amanz

Setelah ditunggu sekian lama, akhirnya KreativeThemes sudah bersedia untuk dilancarkan secara rasminya. Ianya akan dirasmikan secara rasmi pada petang ini, iaitu dalam pukul 5.00 petang. Dan menariknya, pihak KreativeThemes telah menyediakan kupon potongan 40% khas untuk para pembaca aMaNz.

Bagi yang masih tidak mengenal KreativeThemes, ianya merupakan salah satu kolaborasi beberapa anak muda tempatan dalam memperkenalkan servis dan produk tema premium untuk pengguna WordPress, Joomla dan beberapa CMS terkenal. Walaubagaimanapun, buat masa ini mereka hanya memperkenalkan tema premium WordPress sahaja, dan koleksi ini bakal bertambah dari masa ke semasa.

Untuk pelancaran ini, mereka membawakan dua tema berbayar atau dikenali sebagai tema premium iaitu Phanatics dan juga Vivalicious, dan satu tema percuma – Furvious. KreativeThemes juga menjanjikan yang mana mereka bakal menyediakan dua tema berbayar setiap bulan, selain memberikan satu tema secara percuma setiap dua bulan. Walaubagaimanapun, ianya adalah target minima mereka, dan berkemungkinan mereka akan menyediakan lebih daripada itu.

Phanatics

KreativeThemes - Phanatics

Vivalicious

Vivalicious

Furvious

Furvious

Bagi yang tertanya-tanya akan harganya, KreativeThemes menawarkan harga yang agak murah jika dibandingkan dengan beberapa penyedia tema premium yang lain. Anda boleh mendapatkan satu tema premium pada harga $49.90 ataupun dua tema pada harga $99.90. Selain daripada penjualan tema secara berasingan, KreativeThemes juga menjual keahlian laman mereka, iaitu pada harga $299.90 untuk 3 bulan keahlian, $349.90 untuk 6 bulan keahlian dan juga $399.90 untuk 12 bulan keahlian.

Harga KreativeThemes

Menariknya, khas untuk pembaca aMaNz, KreativeThemes menyediakan kupon khas, yang mana membolehkan anda mendapat diskaun sebanyak 40% daripada harga asal mereka. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu masukkan kod 295CC ketika membuat pembelian, dan secara automatik, anda akan diberikan diskaun 40%. Walaubagaimanapun, kupon ini hanya sah untuk 100 pembaca pertama aMaNz ataupun sehingga 16 November sahaja. Miliki KreativeThemes pada harga istimewa, hari ini juga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd