MySpace Ingin Menjual Laman Photobucket

MySpace Ingin Menjual Laman Photobucket

Diterbitkan pada Okt 18, 2009 oleh .

Walaupun MySpace memperlihatkan inovasi demi inovasi dalam menarik minat para pengguna laman sosialnya, pendapatan dan kewangan mereka masih belum stabil lagi. Beberapa ura-ura kini mengatakan bahawa News Corp, organisasi disebalik MySpace dalam pencarian pembeli Photobucket, iaitu salah satu servis berkongsi imej yang dimiliki MySpace pada tahun 2007.

Beberapa ura-ura mengatakan bahawa Photobucket akan dibeli dan dimiliki oleh Ontela, iaitu satu syarikat baru yang membolehkan para pengguna memuat-naik imej dan gambar secara terus daripada telefon-bimbit ke komputer atau beberapa laman perkongsian imej yang popular. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman daripada pihak-pihak yang berkaitan.

News Corp sebelum ini membeli Photobucket pada harga lebih kurang $250 juta dua tahun yang lalu, yang mana pada ketika itu, Photobucket merupakan antara laman utama yang menyediakan kandungan untuk laman MySpace. Kini, News Corp dalam perancangan untuk mengukuhkan kembali kedudukan MySpace, selain dengan adanya tempat untuk memuat-naik imej dan video di MySpace sendiri, Photobucket kini tidak diperlukan lagi oleh mereka.


TIPS & ULASAN