Pra-Lihat Dokumen Google Docs Pada GMail

Pra-Lihat Dokumen Google Docs Pada GMail

Diterbitkan pada Okt 18, 2009 oleh .

Googl sentiasa memperkenalkan fungsi-fungsi baru pada produk-produk dan aplikasi web mereka. Terkini, Google mengintegrasikan lagi fungsi Google Docs ke dalam GMail, yang mana melaluinya kini anda boleh melihat preview Google Docs di dalam GMail.

Sebelum ini, anda perlu membuka pautan tersebut pada tab yang lain, dan Google mendapati ianya tidak digemari oleh para pengguna mereka. Oleh itu, dengan pengenalan Google Docs preview ini, para pengguna boleh melihat dokumen Google Docs pada masa sama melihat emel.

Docs Preview

Fungsi yang sama sepertinya pernah diperkenalkan oleh Google untuk servis-servis yang lain seperti video dari YouTube, gambar dan imej dari Flickr dan Picasa dan sebagainya. Kini, secara automatik, GMail akan mengetahui dokumen Google Docs pada emel, dan seterusnya memperlihatkan nama dan jenis dokumen tersebut, dengan pautan khas untuk melihatnya terlebih dahulu.

Untuk membolehkan fungsi Google Docs Preview ini, anda hanya perlu ke navigasi Labs yang berada di Settings pada akaun GMail anda, dan aktifkannya dari situ.


TIPS & ULASAN