Carian
PayPal Memperkenalkan Transaksi Dalam Ringgit
October 19, 2009 Aman

Semalam PayPal membawakan berita baik kepada para pemilik bisnes internet di seluruh Malaysia, apabila mereka kini telah mengumumkan sokongan kepada transaksi dalam Ringgit Malaysia (RM). Selain daripada itu, kini para pengguna PayPal juga boleh memindahkan duit mereka secara terus ke bank tempatan dengan mudah.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi oleh pihak PayPal, selain daripada emel yang dihantar mereka yang mana menggunakan transaksi dalam Ringgit Malaysia. Menariknya, bersama-sama dengan ini, pihak PayPal juga telah mempertingkatkan bayaran bonus setiap kali kita memperkenalkan pelanggan baru kepada mereka, iaitu kepada RM5.

Mendukacitakan apabila, PayPal masih belum lagi menyokong bahasa rasmi kita, iaitu Bahasa Malaysia buat masa ini. Walaubagaimanapun, ianya dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, dengan pengenalan bentuk transaksi dalam Ringgit Malaysia ini.

Komen