Friendster dan MOL Membawakan Friendster Wallet

Friendster dan MOL Membawakan Friendster Wallet

Diterbitkan pada Okt 19, 2009 oleh .

Nampaknya, Friendster tidak lama lagi akan memperkenalkan platfom pembayaran mikro untuk segala jenis hadiah maya dan permainan yang bakal diperkenalkan pada web mereka dalam masa terdekat ini. Ianya juga dijangka akan membawakan pendapatan daripada negara-negara Asia Tenggara yang mana pengguna paling ramai menggunakan laman tersebut berasal.

Untuk merealisasikan perkara tersebut, Friendster mengumumkan kerjasama bersama MOL AccessPortal Berhad (MOL) yang mana bakal membolehkan pengguna membeli barangan melalui suatu servis yang dinamakan Friendster Wallet. Menariknya, Friendster bakal memperkenalkan platform pembayarannya itu bermula daripada negara Malaysia, dan diikuti dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain dalam beberapa minggu.

MOL AccessPortal Berhad (MOL) kini menjual kad prabayar mereka dihampir setiap 7-Eleven di Malaysia dan Filipina, selain beberapa kedai di Indonesia, dan Singapura. Pada masa yang sama, Friendster juga bakal memperkenalkan API untuk sistem pembayarannya, yang mana membolehkan para pembangun, membangunkan aplikasi untuk Friendster, disamping menjana wang melaluinya.

Buat masa ini, MOL memproses transaksi bernilai lebih daripada USD$200 juta setahun. Friendster yang mula merudum penggunaannya di US mempunyai jumlah pengguna hampir 60% di Filipina, Indonesia dan Malaysia.


TIPS & ULASAN