Pencarian Harta Karun Bersama Yahoo! Youreka!

Pencarian Harta Karun Bersama Yahoo! Youreka!

Diterbitkan pada Okt 19, 2009 oleh .

Yahoo! akan memperkenalkan suatu aktiviti seumpama pencarian harta karun melalui dalam talian dan luar talian yang dikenali sebagai Youreka! Melaluinya para pengguna akan dapat menambah ilmu pengetahuan masing-masing disamping memenangi hadiah-hadiah menarik.

youreka

Permainan mudah ini hanya memerlukan anda untuk mencari tiket-tiket tersembunyi dilaman-laman Yahoo! seperti Yahoo! Malaysia, Yahoo! Malaysia News, Yahoo! Malaysia Messenger dan juga Yahoo! Malaysia Mail. Terdapat tiga jenis tiker berbeza yang tersembunyi di laman-laman tersebut, dimana setiap satunya membawakan hadiah-hadiah berbeza yang mana boleh ditebus untuk suatu jangka masa yang ringkas.

Pencarian ini dijangka akan berlanjutan sehingga 25 November 2009 yang mana pada hari tersebut, Youreka! Finale Party akan diadakan, menawarkan hadiah utama iaitu BlackBerry Curve 8520, produk-produk Adidas dan beberapa hadiah tambahan yang menarik.

Sebanyak tiga tiket ditawarkan sepanjang aktiviti Youreka! ini, yang mana masing-masing akan mempunyai tempoh masa masing-masing. Youreka! Merah akan menawarkan produk-produk Adidas, Youreka! Biru membolehkan anda menonton filem 2012, dan banyak hadiah-hadiah lain yang ditawarkan mengikut tiket Youreka! yang diketemukan oleh anda.

Nampaknya kini, Yahoo! sudah memulakan beberapa cara pemasaran untuk menarik para pengguna menghabiskan masa lebih lama di laman mereka. Buat masa ini, Yahoo! masih merupakan enjin carian serta laman yang paling banyak dikunjungi oleh rakyat Malaysia.


TIPS & ULASAN