CiMB Bank Memperkenalkan Aplikasi iPhone

CiMB Bank Memperkenalkan Aplikasi iPhone

Diterbitkan pada Okt 20, 2009 oleh .

Nampaknya dunia iPhone di Malaysia akan menarik apabila aplikasi demi aplikasi dibangunkan untuknya. Terkini, CiMBClicks memperkenalkan aplikasi khas untuk iPhone, yang mana dengannya para pengguna boleh mengetahui baki akaun CiMB Bank mereka dengan mudah.

CIMB App

CIMB App
Antaramuka Aplikasi CIMB Bank Pada iPHone

Melalui aplikasi iPhone ini, CiMB menjadi bank pertama tempatan yang menawarkan kebolehan untuk memeriksa baki akaun bank melalui aplikasi iPhone. Selain daripada mengetahu baki akaun, para pengguna juga boleh mengetahui lokasi Cawangan CiMB Bank yang berhampiran, pertukaran mata wang asing semasa, serta mengira pinjaman dengan mudah.

Pada masa yang sama, CIMB Bank dan juga Maxis bekerjasama dengan memperkenalkan kempen khas untuknya, yang mana menawarkan empat hadiah berupa iPhone kepada para pelanggan CIMB menerusi transaksi tertinggi pembayaran melalui CIMB Clicks.


TIPS & ULASAN