CatchEye – Media Pengiklanan Dengan Konsep Baru

CatchEye – Media Pengiklanan Dengan Konsep Baru

Diterbitkan pada Okt 20, 2009 oleh .

Setelah kegagalan beberapa media pengiklanan dalam talian, ianya masih tidak mematahkan semangat untuk kemunculan media pengiklanan yang baru. Terbaru, sebuah media pengiklanan dengan konsep berbeza, CatchEye akan dilancarkan pada 25 Oktober 2009 ini.

CatchEye
Antramuka Laman CatchEye

Berbeza dengan iklan yang biasa dipaparkan, CatchEye lebih kepada konsep penyertaan pembaca dan pengguna yang melihat iklan, dimana melalui iklan yang dipaparkan, mereka akan diminta untuk menjawab tiga soalan berkaitan dengannya, dan CatchEye akan memberi mata ganjaran untuk setiap iklan yang dilihat oleh pengguna mereka.

Konsep CatchEye adalah mudah sekali, dimana para pengiklan perlu memuat-naik iklan, dan kemudian memberikan beberapa soalan berkaitan iklan mereka. Seterusnya, melalui pilihan dan tetapan yang dilakukan oleh pengiklan, CatchEye akan memperlihatkan iklan mereka kepada para pengguna yang terpilih, dimana pengguna tersebut dapat membaca dan menjawab soalan yang disediakan. Melaluinya, para pengguna CatchEye mendapat ganjaran tunai dan lain-lain, pada masa yang sama para pengiklan mendapat jawapan kepada soalan mereka.

CatchEye juga pada masa sama menawarkan ganjaran mengikut rangkaian. Ianya masih samar-samar lagi bentuk pengiklanan mereka kelak. Anda boleh mendaftarkan diri dan menunggu 25 Oktober 2009 ini untuk pelancaran CatchEye.


TIPS & ULASAN