Microsoft kini dalam persedian untuk melepaskan Office 2010 Beta terbuka kepada para pengguna seluruh dunia, dan perkara ini dijangka akan berlaku pada bulan November kelak. Melaluinya, para pengguna dapat mencuba Office 2010 Beta secara percuma sebelum versi penuh dikeluarkan pada tahun hadapan.
Sama seperti Windows 7, Microsoft inginkan para pengguna mencuba terlebih dahulu Office 2010 sekaligus, memberikan maklum balas berkaitan dengannya secara percuma. Pada masa yang sama, Office 2010 versi pembangunan kini sudah lama tersebar di laman-laman torrent, yang mana ramai pengguna sudah pun mencubanya.
Office 2010 kelak akan membawakan antaramuka serba baru, selain aplikasi Office yang kini lebih pantas dan senang digunakan berbanding sebelumnya. Pada masa yang sama, pesaing Microsoft Office, OpenOffice juga sedang giat membangunkan antaramuka serba baru bagi aplikasi mereka.