Windows 7 Bakal Di Lepaskan Esok

Windows 7 Bakal Di Lepaskan Esok

Diterbitkan pada Okt 21, 2009 oleh .

Microsoft bakal melepaskan Windows 7 secara rasminya pada 22 Oktober, iaitu esok. Windows 7 yang dimulakan pembangunannya dengan nama Windows Vienna sudah pun dicuba ramai pengguna seluruh dunia sejak dari Windows 7 Beta dilepaskan awal tahun ini.

Windows 7 yang dikatakan sebagai ganti kepada Vista yang gagal membawakan pelbagai fungsi-fungsi menarik serta baru untuk para pengguna. Antaranya adalah prestasi boot yang dipertingkatkan, sokongan kepada storan maya (hard-disk maya), sokongan media yang dipertingkatkan dan pelbagai perkara lain lagi.

Perubahan yang nyata adalah dari segi antaramuka desktop Windows 7, dimana taskbar yang lebih besar diperkenalkan. Navigasi dan susunan pada taskbar kini lebih teratur berbanding sebelumnya. Selain itu, Microsoft juga memperkenalkan Virtual PC yang serba baru dengan sokongan Windows XP Mode, dimana ianya membolehkan Windows 7 menjalankan aplikasi Windows XP dengan mudah.

Sehingga kini, segala ulasan berkaitan Windows 7 adalah bersifat positif. Malah pra-tempahan di Amazon juga mendapat permintaan yang lebih tinggi berbanding Windows Vista. Windows 7 bakal dikeluarkan dalam 6 versi berbeza, tetapi kebanyakkan negara hanya akan menjual Home Premium dan Professional sahaja untuk memudahkan pengguna mudah membuat pilihan. Windows 7 juga membawakan sokongan kepada sistem 32-bit dan juga 64-bit, selain dengan kebolehan untuk mengemaskini sistem operasi Vista mereka kepada Windows 7 dengan mudah. Harga pasaran bagi Malaysia masih belum diketahui lagi.


TIPS & ULASAN