Google Bakal Melancarkan Google Audio

Google Bakal Melancarkan Google Audio

Diterbitkan pada Okt 21, 2009 oleh .

Semua sedia tahu yang mana Google merupakan antara kuasa besar di dunia internet ini, dimana mereka mempunyai enjin carian paling besar, menyediakan emel, menyediakan perisian Chrome, Picasa dan SketchUp dan kini sedang membangunkan sistem operasi Chrome. Terkini, Google dikatakan bakal menceburi industri muzik dengan melancarkan suatu servis muzik dalam masa terdekat ini.

TechCrunch hari ini melaporkan yang mana beberapa sumber dalaman mereka mengatakan bahawa sebuah servis yang dinamakan Google Audio bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. Seperti YouTube, ianya juga bakal bekerjasama bersama-sama dengan beberapa syarikat terkemuka dalam industri muzik.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui samaada servis tersebut bakal diperkenalkan di US sahaja atau diseluruh dunia secara serentak. Selain Google, Amazon da juga iTunes turut terlibat dalam industri muzik dalam talian, manakala untuk lagu tempatan, GuaMuzik menyediakan servis muzik dalam talian.


TIPS & ULASAN