Kini, carian masa nyata menjadi pilihan ramai pengguna, dan untuk memenuhi permintaan pengguna, Microsoft hari ini bakal mengumumkan kerjasama bersama Twitter dan Facebook dengan membolehkan para pengguna membuat carian masa nyata melalui Bing.
Kerjasama yang dijangka akan diumumkan pada Web 2.0 Summit hari ini bakal mengegarkan dunia enjin carian. Sehingga kini, Google masih sedang membangunkan enjin carian masa-nyata mereka. Walaupun kita boleh membuat carian masa nyata di Google, tetapi bukan kesemua halaman diindex oleh mereka pada sesuatu masa.
Buat masa ini, ramai yang bergantung kepada teknologi topik terhangat pada Twitter selain enjin carian Twitter dan juga Facebook untuk mendapatkan informasi semasa pada masa-nyata. Fungsi carian masa-nyata ini dijangka akan diintegrasikan pada Bing dalam beberapa minggu akan datang.