Beberapa hari yang lepas, salah satu pembangun tema tempatan, KreativeThemes telah pun melancarkan perkhidmatan mereka secara rasminya. Dan kini, LiteTheme pula sedang bergiat aktif dalam pembangunan tema mereka. Malah tem percuma pertama mereka sudah boleh dilihat dalam bentuk demo.
Tema pertama yang bakal diberikan secara percuma ini ditujukan khas kepada para penggemar live-blogging, yang mana gemar mengemaskini aktiviti semasa mereka dengan menghantarkan MMS daripada telefon bimbit kepada emel, sekaligus mengemaskini blog mereka secara automatik. Rekabentuknya juga ringkas dan menarik, dan dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini.
Rekabentuk Tema Mr Blog dari LiteTheme
LiteTheme merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh pembangun laman Negaraku dan Laman7, Eddie atau yang mana lebih dikenali sebagai NoktahHitam. Berbeza dengan tema lain di internet, LiteTheme menjanjikan yang mana mereka akan membawakan tema bersaiz amat kecil, membolehkan pengguna membuka laman anda dengan lebih pantas, selain diintegrasikan bersama fungsi-fungsi baru serta membawa rekabentuk terkini untuk para pengguna.
Tips oleh Roslan. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus