Google Umumkan Carian Sosial Bersama Twitter

Google Umumkan Carian Sosial Bersama Twitter

Diterbitkan pada Okt 22, 2009 oleh .

Hari ini berita teknologi tertumpu kepada carian masa-nyata apabila Microsoft mengumumkan kerjasama bersama Twitter dan Facebook, dan pada masa yang sama, amat mengejutkan sekali apabila Google turut mengumumkan kerjasama mereka bersama Twitter.

Melalui kerjasama ini, Google bakal memperlihatkan kemaskini status daripada Twitter pada hasil carian, dan ini sudah tentunya menarik minat para pengguna Google yang sedia ada. Facebook dikatakan tidak disertakan dalam hasil carian Google disebabkan oleh kemaskini status di Facebook yang boleh dianggap sedikit peribadi, berbanding dengan Twitter yang boleh diakses oleh semua pengguna.

Menariknya, hari ini merupakan hari bersejarah buat Twitter apabila kedua-dua enjin carian terbesar dunia mengumumkan kerjasama mereka bersama. Ini sekaligus bakal menambah pendapatan Twitter, selain mengukuhkan kedudukan Twitter untuk jangka masa panjang.


TIPS & ULASAN