Mozilla Raindrop Membawakan Inovasi Pada Komunikasi

Mozilla Raindrop Membawakan Inovasi Pada Komunikasi

Diterbitkan pada Okt 23, 2009 oleh .

Hari ini, Mozilla Labs memperkenalkan projek terbaru mereka, yang mana dinamakan Raindrop. Raindrop membawakan inovasi dalam penerokaan mesej-mesej emel anda. Ianya dibangunkan oleh para pembangun aplikasi emel Thunderbird, dan dibina dengan konsep yang mana emel tidak menarik lagi buat masa kini.

Lebih kurang dengan konsep Google Wave, Raindrop membolehkan anda membaca mesej daripada pelbagai medium, termasuk Twitter, Facebook, IM dan termasuk emel dalam bentuk yang amat interaktif sekali. Tujuan utama Raindrop adalah membolehkan anda mengikuti semua mesej yang dihantarkan kepada anda daripada satu lokasi dengan mudah sekali.

Raindrop juga dikatakan bakal membawakan beberapa konsep yang sama seperti Google Wave, iaitu kebolehan untuk melihat imej dan video pada mesej itu secara terus tanpa perlu membuka pautan tersebut pada web. Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan mungkin anda boleh mendapatkan gambaran yang lebih mendalam dengan melihat pada video ringkas Raindrop.


TIPS & ULASAN